Sunday, August 21, 2011

10 Malam terakhir......Dimanakah kita?


Apa ada di balik2 10 hari2 terakhir Ramadhan?

Rasulullah saw bersabda " Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil di sepuluh malalm akhir bulan Ramadhan'

Pelangi agak terkilan sebenarnya,ramadhan kali ni pelangi tak do d best in dis part....sedangkan ramdhan dengan beransurnya pergi meninggalkan kita..sedih,pilu n pasti akan dalam kerinduan....



Ramadhan,
Jangan tinggalkan aku
Aku masih ingin bersamamu
Aku belum belum dapat memanfaatkan kesempatan yang kau berikan dengan baik

Ramadhan, Jgn kau pergi.pasti akan kusesal,krn sibuk urusan duniawi...
Hingga tamu agung tak sempat dijamu dgn baik.Seandainya bnr2 pergi, Berjanjilah kembali temui Pelangi,Doakanlh Pelangi kuat hadapi bln-2 setelahmu, dapat amalkan bekal pendidikan dr-mu, slalu rindu,Slalu & slalu,Pelangi nanti..

Yaa Allah,berikan kesempatan bertemu kembali dgn Ramadhan.





P/S: kejarlah Lailatul Qadar sementara masih ada kesempatan ini.....

Tuesday, August 9, 2011

Wahai Kamu Yang Punya Jiwa Walang Tidak Terperi... Ketahuilah OlehMU Akan AKU~


'Cinta Itu Indah... Seindah Penciptaan Manusia yang hanya dari bancuhan tanah yang meliputi pelbagai jenis tanah dari serata bumi yang DIA ciptakan SENDIRI... Kemudian roh ditiupkan dan manusia tercipta tatkala roh melalui setiap urat dan nadi... Mata akan terbuka... Itu petanda yang kita datangNYA daripada DIA Semata-mata...'

Wahai kamu yang punya jiwa walang... ketahuilah olehmu akan matimu. Kerana mati itu indah... dan hidup itu juga indah. Setiap keindahan itu punya tempatnya yang tersendiri. Bagaimana kamu yakin tempat yang kamu diami itu indah kalau kamu tidak pernah merasai tempat kediaman yang baru.

Hati kamu serupa tempat kediaman Wahai kamu yang punya jiwa walang... Hati kamu perlu cari tempat kediaman baru andai kamu sudah tidak selesa mendiami tempat kediamanmu kini. Carilah AKU... Carilah ESAmu.

Boleh AKU bertanya...? Apa yang kamu cari...? Jawab hanya di dalam hati... kerana hati itu bisa berkata-kata pada asal kejadian manusia. Sudah menjawab...? Atau hati kamu masih diam membisu...? Perlukah aku memanduku untuk membisakan hatimu itu menjawab soalanKU...?

Kamu punya Agama...? Apa AgamaMU...? Adakah kamu selesa dengan AgamaMu itu...? Kalau ia... bajaiNYA kerana hati yang kering dan tandus tanpa dibajai umpama padang pasir yang sepi tanpa penghuni. Yang ada hanya pasir dan angin. Kamu umpama pasir... dan angin itu adalah nafsu yang mengelilingi kamu saban waktu.

"A'uzubillahiminasyaitonirrojim... Bismillahirrohmannirrahim... Allahuakhbar"

Hati kamu tetap juga sakit bukan...? Itu bermakna yang kamu perlu dirawati. Bagaimana caranya...? Kamu menyoalKU...? Kamu punya Al-Quran...? Tahu membaca...? Tapi tidak tahu menafsirkan isiNYA...? Tak mengapa... Ilmu itu pelita hati... ilmu itu AKU umpamakan baja buat hati kamu yang walang.

Kamu kenal 99 Nama Allah s.w.t...? Kamu yakin kamu sebenar-benarnya mengenali namaKU...? Mulakan semuaNYA semula. Bukan hanya dibibir kamu puja AKU... Harus dari dalam. Bawa hatimu bersama-sama dengan jasadmu.

Tetapi harus di ingat...




Saat kamu sedang melalui lorong untuk mengenali ALLAH s.w.t... kamu akan tempuhi sakit... tolong jangan berhenti... kerana syaitan yang sedia ada yang memujamu sedari kecil sedang sakit dengan ayat-ayatNYA. Seumpama dibakar itulah yang kamu rasa. Syaitan mahu kamu putus asa dan berhenti daripada menyakitinya melalui jasad kamu.

Saat kamu sedang berusaha melalui lorong untuk mengenali ALLAH s.w.t... kamu akan tempuhi keasyikkan yang tidak pernah kamu rasakan... kamu akan tahu sebenarnya bukan kamu sahaja penghuni bumi... dan apabila kamu diIZINkan untuk melihat mereka melalui mata hati... bersyukurlah... yang kamu telah berjaya untuk menempatkan jirim(roh) kamu ke lorong yang betul.

Dan jangan berhenti... kerana di situ bukan destinasimu. AKU adalah destinasi kamu. 99 Nama Allah s.w.t itu jangan pernah berhenti untuk belajar saat kamu tandus tidak bertepi. Kemudian selangi dadamu dengan fardu dan ilmu yang aku tebarkan di bumi. Kerana semuanya harus dibaca tanpa henti.